BEAUFORT, 5 Feb β Hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort berjaya menahan seorang penganggur berumur 57 tahun di Kampung Pansong, semalam.
IPD Beaufort dalam hantaran media sosialnya berkata, hasil siasatan di premis tersebut menjumpai selaras senjata api buatan sendiri.
“Pemeriksaan lanjut menemui peralatan yang digunakan untuk membuat senjata api,” katanya.
Tambah hantaran itu, barangan kes telah dirampas dan suspek akan direman untuk tindakan lanjut.
βKes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,β tambah hantaran itu. β airtimes.my