KUALA LUMPUR, 4 Feb – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Februari lalu.
Pejabat Tun Dr Mahathir dalam satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen Langkawi itu dikehendaki kembali semula ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
“Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai,
“Beliau akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat,” katanya. – airtimes.my