NEW YORK, 19, Sep – Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, didalam kenyataannya menggesa kerjasama diantara Rusia dan Turki untuk mewujudkan zon bebas tentera di wilayah Idlib.
Persetujuan antara kepemimpinan tertinggi Russia dan Turki itu mampu membendung serangan oleh tentera dan pihak pemberontak terhadap jutaan orang awam di Syria.
Antonio Guterres, yang mengalu-alukan perjanjian itu, meminta semua pihak yang terbabit dalam persengketaan di Syria supaya memberikan kerjasama bagi melaksanakannya.
Pada masa sama, PBB juga menggesa semua pihak memastikan bantuan kemanusiaan dapat terus disalurkan kesemua kawasan di Idlib, yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk.