CHAHABIAH, 23 Jul – Pasukan Malaysian Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) memberi sumbangan peralatan makmal serta alat bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui Quick Impact Project (QIP) kepada Public School Chahabiah, pada Khamis.
Markas Angkatan Bersama dalam hantaran di media sosialnya berkata, sumbangan ini telah disempurnakan Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin di Secondary Chahabiah Public School.
“QIP ini merupakan inisiatif dari Mayor Chahabiah, Ali Rakeen dan School Director Dr. Al Hajj,
“Antara peralatan yang disumbangkan adalah 12 x LCD Projector, 12 x ℎ𝑒𝑎𝑡𝑒𝑟 untuk kegunaan musim sejuk, 6 x komputer riba serta peralatan makmal untuk kegunaan subjek biologi, kimia dan fizik,” katanya.
Menurutnya, peralatan sumbangan ini dibiayai sepenuhnya oleh UNIFIL Sector West melalui kertas kerja Sel Civil Military Cooperation (CIMIC) MALBATT 850-9 untuk kemudahan ICT dan makmal kepada pelajar- pelajar di sekolah tersebut. – airtimes.my