QANA, 9 Feb – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 bersama kakitangan perubatan Hospital Awam Qana berganding bahu melaksanakan Medical and Dental Day plus Cholera Awareness Talk di hospital itu, semalam.
Pihak MALBATT 850-10 menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, seramai 3 orang pegawai dan 7 anggota paramedik terlibat menjayakan program ini yang melibatkan lebih 100 pesakit.
“Adalah menjadi salah satu tugas pengaman untuk menjalinkan hubungan baik bersama komuniti setempat,
“Kerjasama yang terjalin secara tidak langsung membantu masyarakat setempat dalam mendapatkan perkhidmatan perubatan percuma khususnya masyarakat di Selatan Lubnan,
“Kepercayaan yang diberikan kepada MALBATT akan terus diperkukuhkan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik,” jelas hantaran itu.
Tambahnya, program seperti ini sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Komander MALBATT 850-10 iaitu Pengukuhan Hubungan Bersama Awam yang menfokuskan kepada pengukuhan bersama Civilian Engagement.
“Ianya secara tidak langsung menjadi platform kelangsungan interaksi sosial MALBATT bersama komuniti setempat dalam memperkasakan dan melindungi kepentingan UNIFIL dan mandat yang telah diamanahkan,” ujarnya lagi. -airitmes.my