[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=BfK3fsgysMs[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 24 OKT – Larangan laungan takbir pada perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka, Ahad lalu adalah tindakan budi bicara penganjur dan ia tidak mewakili pendirian kerajaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasutiuon Ismail berkata, tindakan itu dibuat bertujuaan untuk membangkitkan semangat soladariti kepada peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
“Soal dibenar atau tak dibenarkan takbir saya tak fikir itu isu utamanya. Saya Muslim, takbir ertinya melaungkan kebesaran Allah. Tiada khilaf di antara kita,
“Hal ini adalah bagaimana penganjur itu mengikut budi bicara mereka dan kefahaman mereka. Ahli Parlimen Machang boleh anjurkan 20,000 atau 30,000 esok, takbirlah. Kalau saya ada masa akan turut serta dan takbir sekuat-kuatnya,” katanya Dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT), di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang bertanyakan sama ada kerajaan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada menetapkan sebarang garis panduan melarang peserta himpunan untuk melaungkan takbir.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sehingga kini kerajaan kekal berpendirian untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak sebarang bentuk kerjasama negara dengan Israel.
“Soal boleh atau tidak mengecam Benjamin Netanyahu, pendirian kita juga jelas. Hakikatnya kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin dengan sendiri kita menidakkan sokongan (kepada Netanyahu),
“Tapi kalau di sana himpunan dihadiri 300, 400 orang dianjurkan oleh satu pertubuhan dan kemudiannya kalau dia mengenakan apa-apa sekatan, ‘do and don’t’, itu harus dilihat secara fakta kejadian pada waktu itu,
“Ia tidak mencerminkan pendirian sepenuhnya kerajaan hari ini dan umat Islam yang cintakan keamanan dan perdamaian,” tegasnya lagi.
Ahad lalu, media melaporkan penganjur perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka iaitu Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin dikecam teruk apabila peserta-peserta yang hadir didakwa ditegah bertakbir dan larangan membawa plakad tertentu.
Ketika perhimpunan, segelintir peserta antaranya membawa plakad memaparkan wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan slogan ‘Netanyahu Penjenayah Perang’.
Selepas mendapat kritikan pelbagai pihak, Dr Musa menerusi ciapan di laman X menjelaskan, pihaknya hanya mengikuti garis panduan yang selaras dengan arahan dikeluarkan PDRM agar perhimpunan itu berada dalam sempadan kemanusiaan. -airtimes.my
#DewanRakyat #Malaysia #perhimpunan #airtimes #semasa