SINGAPURA, 7 Jun – Amerika Syarikat (AS) tidak akan membiayai kos penginapan delegasi Korea Utara di Singapura bagi sidang minggu depan antara Presiden Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara C.
Menurut media Korea Selatan semalam, jurucakap Jabatan Dalam Negeri AS Heather Nauert berkata: “Kerajaan AS tidak akan menanggung kos penginapan delegasi Korea Utara.”
Nauert turut berkata bahawa beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai apa yang akan berlaku di sidang tersebut.
Apabila ditanya mengenai kemungkinan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in akan menghadiri sidang itu untuk mengisytiharkan berakhirnya Perang Korea, beliau berkata: “Saya boleh beritahu anda bahawa kami sentiasa berhubungan dengan pemerintah Korea Selatan dan Jepun.
“Setahu saya, lawatan ke Singapura belum direncanakan, tetapi saya perlu merujuk anda kepada pemerintah Korea Selatan.”
Awal minggu ini, Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo yang melahirkan penghargaan kepada Singapura kerana menjadi tuan rumah sidang kemuncak yang akan diadakan di Hotel Capella di Sentosa itu. – CNA