TAIPEI, 23 Okt – Taiwan bakal membeli 400 peluru berpandu anti kapal, Harpoon Block II dan 100 peluru pertahanan pesisir pantai (Haarpoon Coastal Defense System) secara berterusan menjelang tahun 2028.
Menteri Pertahanan Taiwan, Chiu Kuo-Cheng berkata, keputusan ini dibuat susulan ancaman diterima China yang semakin kuat serta untuk menambah keupayaan peluru berpandu lain dalam aset tentera negara tersebut.
Menurutnya, penjualan Harpoon terhadap Taiwan telah diluluskan oleh Washington pada Oktober tahun lalu dengan 100 sistem pertahanan dan peralatan yang berkaitan dengan harga AS 2.37 bilion.
“Pakej itu termasuk 400 peluru berpandu pelancar permukaan RGM-84L-4 Harpoon Block II, 4 peluru berpandu latihan RTM-84L-4 Harpoon Block II, 411 kontena, 100 unit pengangkut pelancar Harpoon Coastal Defense System, 25 trak radar dan perkhidmatan logistik,” ujarnya ketika menghadiri sesi perundangan di Taipei pada Jumaat.
Tambahnya lagi, Advanced Jet Trainer (AJT) di bawah penghasilan Aerospace Industrial Development Corp (AIDC) pertama telah melakukan penerbangan uji di Pangkalan Udara Ching Chuan Kang di Taichung pada Khamis lalu.
Laporan Kementerian Pertahanan Negara yang dihantar kepada Badan Perundangan pada September lalu menyatakan bahawa AIDC merancang untuk menyelesaikan pengeluaran 2 AJT menjelang akhir tahun ini.
“Sebanyak 66 unit AJT dijangka akan dihantar kepada Angkatan Tentera Udara Taiwan menjelang tahun 2026,” kata laporan itu.
Projek AJT telah dilaksanakan pada tahun 2017 bagi menggantikan pesawat pelatih AT-3 yang telah berusia puluhan tahun dan pesawat tempur F-5E/F serta di uji pada bulan Jun dan Disember tahun lalu.
“Kod Yung Ying atau ‘Brave Eagle’ (Helang Berani) telah diberikan sebagai sebahagian daripada usaha negara itu menjadi lebih teguh dari segi aspek ketenteraan,” katanya lagi. -airtimes.my