KUALA LUMPUR, 8 Mac – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi sekali lagi telah mencipta sejarah menjadi satu-satunya penuntut United States Army War College (USAWC) dari luar negara itu yang dimasyhurkan sebagai ahli ‘International Fellows Hall of Fame’ maktab berkenaan.
Majlis penganugerahan telah berlangsung di USAWC, Carlisle, Pennsylvania bersempena dengan Majlis Penganugerahan Hall of Fame peringkat antarabangsa sebagai ahli yang ke-71 pada 6 Mac lepas, atas pencapaian terbaik alumni yang dilantik sebagai pemerintah tertinggi dalam perkhidmatan.
USAWC merupakan sebuah institusi Pendidikan Tentera Darat Amerika Syarikat yang telah diasaskan pada tahun 1901 untuk peringkat Pegawai Kanan Tentera dan awam yang menjurus kepada pembentukan kepimpinan serta tugas dan tanggungjawab Pegawai Kanan.
“Secara tidak langsung pencapaian ini juga merupakan satu kejayaan bagi Tentera Darat Malaysia kerana telah mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa,” jelas Tentera Darat dalam kenyaataan hari ini.