TAWAU, 9 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mengagalkan cubaan seludup minyak diesel dan haiwan yang dianggarkan bernilai RM154,910 di Tawau, hari ini.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berumur 31 tahun dan merampas sebuah kenderaan.
Pada masa sama, Ridzauddin berkata, PPM Tawau turut berjaya merampas haiwan tenggiling yang di letakkan dalam kotak di kawasan pejalan kaki di Pelabuhan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) lama Tawau.
“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau dan diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) dan kepada Jabatan Hidupan Liar Tawau untuk tindakan lanjut,
“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enekmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997,” jelasnya. – airtimes.my