CHIANG RAI, 11 Jul – Berat badan sebahagian besar remaja lelaki yang diselamatkan selepas terperangkap dalam gua di sini susut dua kilogram .
Bagaimanapun, pegawai kanan Jabatan Kesihatan Thailand, Thongchai Lertwilairattanapong, berkata mereka tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami tekanan.
“Secara keseluruhan mereka menunjukkan tahap kesihatan yang baik walaupun selepas terperangkap selama 17 hari,” katanya.
Semua 12 remaja lelaki dan seorang pembantu jurulatih berjaya diselamatkan semalam.
Ia dianggap misi paling mencabar oleh pasukan penyelamat tempatan dan antarabangsa. – Reuters