KUALA LUMPUR, 30 Mac – Keperluan ubat-ubatan kepada orang ramai di Farmasi mencukupi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi menangani penularan wabak COVID-19 kata Pembantu Farmasi Britain Sdn Bhd di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Noorazlinda Abdul Razak.
Noorazlinda, 31 tahun berkata, setakat ini bekalan sarung tangan dan pencuci pembasmi kuman (hand sanitiser) di Farmasi Britain mencukupi untuk dijual kepada pelanggan.
“Cuma masalah yang dialami farmasi kami ketika ini ialah topeng muka yang berkurangan untuk dijual kepada pembeli,
“Manakala untuk ubat dan keperluan harian sepanjang PKP dikuatkuasakan, pihak farmasi kami mengambil bekalan daripada semua syarikat yang terlibat, tetapi harus menunggu selama seminggu untuk menerima bekalan sampai,” katanya kepada pemberita semasa ditemui.
Menurut Noorazlinda, ketika ini ramai pelanggan yang datang ke farmasi untuk membeli Vitamin C bagi menguatkan sistem imunisasi badan serta mengelakkan diri daripada demam, selsema dan batuk.
“Sesiapa yang ingin berurusan didalam permis Farmasi Britain, kami telah menyediakan tempat pemeriksaan suhu badan dan sekiranya suhu sesorang tidak mengizinkan, pihak kami tidak akan membenarkan pelangan tersebut memasuki permis,” ujarnya.
Beliau menambah, pihaknya juga membuat limitasi kepada lima pelanggan sahaja memasuki permis farmasi dan harus menjalani pemeriksaan suhu badan.
Beliau juga menyeru kepada orang ramai supaya akur pada arahan yang dikeluarkan, dan berharap masyarakat duduk dirumah agar rantaian jangkitan COVID-19 diputuskan.