KUALA LUMPUR, 21 MAC – Tempoh tamat pengeluaran jet pejuang F/A-18 Super Hornet oleh Boeing dilanjutkan untuk 2 tahun lagi berbanding jadual asal.
Ini dengan melihat kontrak perolehan baharu yang dikeluarkan oleh pihak Tentera Laut Amerika Syarikat baru-baru ini.
Kontrak perolehan baharu bernilai US$1.3 bilion itu melibatkan pembelian 17 buah pesawat F/A-18 Super Hornet Block III.
“Pesawat baharu dijangka akan diterima mulai tahun 2026 dan berakhir pada 2027,” kata pihak Naval Air Systems Command dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Super Hornet akan terus dioperasikan sehingga tahun 2040.
“Pihak tentera laut telah menerima dana yang mencukupi dari Kongres untuk melakukan pembelian pesawat-pesawat ini,
“Ini bagi mengisi kekurangan pesawat tempur,” kata kenyataan itu.
Kontrak terbaharu ini dilihat memberikan sedikit nafas lega kepada Boeing. Sebelum ini, Boeing telah menjadualkan penamatan pengeluaran F/A-18 pada tahun 2025. – airtimes.my
#AirTimes #FA18 #SuperHornet