AMSTERDAM , 22 MAC – Ukraine akan mula mengoperasikan jet pejuang F-16 tidak lama lagi.
Negara bergolak itu akan menerima pesawat tempur berkenaan dari Belanda, Denmark dan Amerika Syarikat.
Menteri Pertahanan Belanda, Kajsa Ollongren menyatakan kumpulan pertama F-16 yang akan diterima oleh Kyiv adalah dari Denmark.
“Saya percaya bahawa kita akan mula menghantar F-16 (kepada Ukraine) pada musim panas ini,
“Ia dimulakan dengan Denmark dan kita mempunyai jadual (penghantaran),” katanya dalam satu laporan Reuters.
Tambahnya, F-16 dari Belanda akan tiba di Ukraine pada lewat pertengahan tahun 2024.
Belanda dilaporkan telah berjanji untuk menyediakan pembiayaan sebanyak 2 bilion euro (RM10.28 bilion) sebagai bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
Bantuan tersebut merangkumi pembiayaan peluru dan dron.
Sementara itu, Ukrainian Military Center melaporkan operasi jet pejuang tersebut dihadkan untuk beroperasi di dalam ruang udara Ukraine.
Syarat tersebut adalah berdasarkan kenytaan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Patrick Ryder.
Sehingga kini, Ukraine telah dijanjikan sebanyak 24 buah jet pejuang F-16. Ketumbukan jet pejuang tersebut dalam tentera udara Ukraine dijangka akan bermula sebanyak 6 buah F-16. – airtimes.my
#AirTimes #Ukraine #F16