KUALA LUMPUR, 2 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telah melaksanakan latihan ketenteraan 2 hala iaitu Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) MALSING 2021.
TUDM mnerusi hantaran di media sosialnya berkata, latihan 3 hari berakhir semalam itu merupakan aktiviti latihan kedua-dua negara yang diadakan secara penggiliran dan TURS sebagai tuan rumah.
Menurutnya, eksesais berkenaan diadakan secara virtual table top eksesais dan field training tanpa bersemuka antara TUDM dan TURS.
“Tujuan eksesais itu bagi mengukuh persefahaman dan kebolehoperasian, di samping meningkatkan keupayaan bersama serta tahap kesiagaan operasi melibatkan misi mencari dan menyelamat (SAR),
“Peserta eksesais turut menyalurkan maklumat berkenaan SAR melalui persidangan video,” ujar TUDM.
Pembukaan eksesais pada 30 September lalu disempurnakan bersama oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara dan Panglima Tentera Udara TURS, Mejar Jeneral Kelvin Khong Boon Leong secara persidangan video.
Turut serta, Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Salleh Othman TUDM dan AKS Operasi dan Strategi, Mejar Jeneral Datuk Zulkifli Hamid TUDM dari TUDM beserta Head Air Operations, Brigedier Jeneral Lim Kok Hong serta Chief of Staff, Brigedier Jeneral Lau Boon Ping dari TURS.
“Buat pertama kali, latihan itu diadakan secara persidangan video berikutan situasi dunia yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19,
“Namun, eksesais kali ini dilakukan dengan jayanya dan telah membuat persetujuan bersama dari kedua angkatan udara,
“Latihan yang menampilkan ‘Field Training Exercise’ (FTX) berkonsepkan ‘meet-in-the-air’ iaitu pesawat SAR akan beroperasi dari negara masing-masing dan akan berada di lokasi penugasan secara bersama melibatkan pesawat EC 725 AP TUDM dan Super Puma RSAF serta tim SAR dari kedua-dua negara,” jelas.
Tambahnya, ia merupakan alternatif yang dipersetujui bersama dalam meneruskan eksesais tahun ini.
“Kejayaan SAREX MALSING 2021 membuktikan tahap profesionalisma antara kedua-dua angkatan udara, di samping berkongsi idea, kepakaran serta kerjasama hubungan bilateral yang sedia terjalin antara Malaysia dan Singapura,” ujarnya. -airtimes.my