GEMAS, 1 Ogos โ Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan latihan Eksesais IRON THUNDER siri 1/2022 bagi menguji tahap kompetensi anggota Skuadron Armor (Para) di kawasan Lapang Sasar Asahan pada 20 hingga 23 Julai lalu.
Buletin 10 Briged (Para) dalam hantaran di media sosialnya berkata, tujuan latihan dilaksanakan adalah untuk mengekalkan tahap kesiagaan latihan pegawai dan anggota Skuadron Armor (Para) supaya sentiasa berada di tahap yang tertinggi pada sebilang masa.
โPengekalan dan peningkatan kepada Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) mengikut proses serta prosedur turut diaplikasikan,
โSenario latihan yang direncanakan adalah berpandukan kepada elemen bantuan tempur Aturgerak ๐๐ข๐ณ๐ข ๐๐ข๐ต๐ต๐ญ๐ฆ ๐๐ณ๐ฐ๐ถ๐ฑ (PBG) dalam menguasai dan mempertahankan titik penting dalam satu tempoh yang ditetapkan sebelum ๐๐ข๐ต๐ต๐ญ๐ฆ ๐๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ท๐ฆ๐ณ (BHO) serta ๐๐ณ๐ฆ๐ข๐ฌ ๐๐ถ๐ต dijayakan dengan elemen tempur formasi lain,โ katanya.
Menurutnya, latihan ini turut melibatkan Aturgerak Kompeni Perubatan (Para) sebagai elemen khidmat yang berperanan sebagai ๐๐ฐ๐ณ๐ธ๐ข๐ณ๐ฅ ๐๐ถ๐ณ๐จ๐ช๐ค๐ข๐ญ ๐๐ฆ๐ข๐ฎ (FST) untuk memastikan anggota yang tercedera di barisan tempur hadapan dapat di buat penarikan keluar secara taktikal. โ airtimes.my
Galeri gambar: