NAQOURA, 25 Sept – Anggota Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT 850-9) melaksanakan Eksesais STEEL STROM anjuran MK UNIFIL di Naquora Sea Firing Range, Selatan Lubnan pada 20 hingga 23 September lalu.
Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, eksesais tersebut merupakan latihan menembak yang melibatkan trup UNIFIL dari Sektor Barat dan Sektor Timur serta Lebanese Armed Forces (LAF) dengan pelbagai sistem persenjataan serta kenderaan perisai.
Menurut MK AB, eksesais ini bertujuan untuk menilai tahap kompetensi dan keupayaan Trup serta aset-aset kontinjen di bawah UNIFIL.
“Selain itu, ia juga akan meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan fungsi senjata serta meningkatkan hubungan diplomasi di antara Trup-Trup UNIFIL yang lain,
“Latihan ini juga dapat meningkatkan persefahaman dan pengoperasian taktikal bersama di mana ianya boleh menyumbang ke arah pelaksanaan operasi bersama yang lebih berkesan,” jelas MK AB.
Majlis penutup Ex STEEL STORM ini telah disempurnakan Maj Gen Aroldo Lazaro, Head of Mission/Force Commander (HoM/FC).
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan berpuas hati dengan penglibatan semua Trup UNIFIL pada tahun ini.
Tambahannya lagi, sikap profesional dan imej yang telah dipamerkan semua trup sepanjang eksesais berlangsung hendaklah dikekalkan pada sebilang masa.
Majlis Penutup eksesais pada hari ini berkonsepkan pameran statik sistem persenjataan tempur, kenderaan tempur dan perisai serta demonstrasi dinamik.
Penglibatan MALBATT 850-9 dalam Ex STEEL STORM merupakan kali kedua dalam siri Live Firing Exercise (LFX) di lapang sasar yang sama pada 20 September 22 yang lalu.
Antara Aset yang digunakan MALBATT 850-9 ialah APC Guardian 4 x 4. Disamping itu, latihan menembak ini juga melibatkan anggota infantri dari Kompeni Tempur serta sniper oleh Elemen BMR dan CRT.
“Secara tidak langsung, latihan sebegini dapat mengeratkan kesatuan Trup UNIFIL dan berkongsi pengalaman serta menjadi platform kepada semua Trup UNIFIL dalam meningkatkan pengetahuan keupayaan sistem persenjataan dan daya tempur,” tambahn hantaran itu. -airtimes.my
Galeri gambar: