PULAU PINANG, 21 Nov – Seramai 57 pegawai dan 879 anggota terlibat di dalam Field Training Exercise (FTX) bagi Eksesais (Eks) PARADISE Siri 9/2022 dan Eks ELANGAROO 2022 yang berlangsung pada 8 hingga 18 November lalu.
Markas Briged Ke-10 (Para) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, eksesais ini melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan darat, laut dan udara dimana, anggotanya selaku Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) turut terlibat di dalam eksesais ini bersama Royal Australian Airforce (RAAF).
Menurut 10 Bgd (Para), melalui pendekatan latihan dan eksesais berkonsepkan Joint Operation Capabilities, secara tidak langsung ianya dapat dimanfaatkan dalam menguji keupayaan, kesiagaan sumber manusia dan aset serta aturgerak operasi dalam persekitaran operasi multi-domain.
“Sebagai memperkemaskan Core Competencies, penglibatan 10 Bgd (Para) pada kali ini melibatkan penyusupan taktikal (Penerjunan Bebas) dari udara secara High Altitude Low Opening (HALO) dalam konteks penyusupan Tim Tinjau dan pengguguran mass drop dalam Op Paracut dalam menawan Air Point Of Entry (APOE),
“Selain itu, anggota juga telah melaksanakan Op Air Assault dalam konteks menawan tanah penting taktikal (Radar Station), Tactikal Air Landed Operation (TALO) bantuan logistik udara melalui pengguguran muatan udara jenis Heavy Equipment (HE) dan Container Delivery System (CDS) serta Low Cost Altitude (LCLA),” jelas hantaran itu.
Markas 10 Bgd (Para) turut menjelaskan, latihan ini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset PAC- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ketumbukan utama Tentera Darat Malaysia (TDM). -airtimes.my
Galeri gambar: