GENEVA, 26 Mei – Ketua Pengarah Badan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus hari ini mengesahkan ujian klinikal ubat malaria untuk rawat pesakit COVID-19 digantung untuk sementara waktu.
“Kumpulan Eksekutif telah memutuskan untuk mengantung sementara ujian klinikal hydroxychloroquine dalam Ujian Solidariti (Solidarity Trial),
“Ini bagi memberi ruang kepada Badan Pemerhati Data Keselamatan untuk melakukan semakan,” katanya semasa Sidang Media Harian COVID-19 di Geneva, malam tadi waktu Malaysia.
Menurut beliau, ujian klinikal untuk ubat-ubatan lain tetap diteruskan.
Dr Tedros turut menjelaskan langkah tersebut dibuat berikutan penemuan risiko penggunaan hydroxychloroquine dan chloraquine yang diterbitkan dalam jurnal perubatan bebas, the Lancet.
“Penulis jurnal melaporkan pemerhatian dan kesan kedua-dua ubat tersebut kepada pesakit COVID-19 yang dirawat,
“Kumpulan Eksekutif telah bermesyuarat pada Sabtu lalu dan bersetuju untuk melakukan penelitian terhadap laporan tersebut,” ujarnya.
Selain itu, Tedro menegaskan kedua-dua ubat tersebut adalah selamat untuk digunakan kepada individu yang mengalami penyakit autoimmune dan malaria.
the Lancet pada Jumaat lalu melaporkan penggunaan hydroxychloroquine dan chloraquine boleh menyebabkan pesakit mengalami kekurangan bekalan oksigen dan kegagalan jantung.
“Andaian dari permehatian ini masih lagi dalam kajian,” kata the Lancet.
Ujian Solidariti atau Solidariti Trial merupakan usaha global yang dilancarkan oleh WHO dalam memer hydroxychloroquine dan chloraquine angi wabak COVID-19. Ujian ini melibatkan 35 buah negara termasuk Malaysia.
Hydroxychloroquine dan Chloraquine merupakan ubat-ubatan yang lazimnya digunakan untuk merawat jangkitan malaria. – Airtimes.my