PETALING JAYA, 1 Mac – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ditampar dan dibaling air botol minuman oleh penyokong parti itu selepas keluar dari Ibu Pejabat PKR, tengah hari tadi.
Tian Chua telah di maki hamun oleh beberapa penyokong PKR serta melabelkan Naib Presiden itu sebagai pengkhianat.
Penyokong PKR terbabit difahamkan berang dengan Tian Chua yang dilihat menyokong kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Di lokasi sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor Mohd Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong PKR.
Kedua-dua pemimpin itu dikepung oleh kira-kira 50 penyokong yang berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR.