KUALA LUMPUR, 30 Mac – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu kes perbicaraan di Mahkamah.
JIM dalam satu kenyataan berkata, individu tersebut dikenali Teo Chi Yih, 36, bernombor kad pengenalan 860925-49-5325, yang beralamat terakhir di Lot 15, Kampung Gersik Baru, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan.
Menurutnya, individu tersebut dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas PATI Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Mohd Asri Osman, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya di talian 03-88801338/1163 pada waktu pejabat serta Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – airtimes.my