KUALA LUMPUR, 13 Okt – Ketua Penerangan PAS, Senator Khairil Nizam Khirudin memberikan 12 sebab DAP adalah sebuah parti rasis.
Menurut Khairil Nizam 12 sebab tersebut adalah:
– Perlembagaan DAP menyebut antaranya ‘mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal’.
– Tidak pernah menyembunyikan permusuhan terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355).
– Menyokong supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi yang bakal menggugat keharmonian kaum.
– Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat menyebarkan kebencian dan merosakkan keharmonian kaum.
– Pengerusi Wanita DAP mengkritik kewajipan menutup aurat.
– Setiausaha Agung DAP menggelar Dr. Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.
– Mempersoalkan laungan azan dan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang dikatakan mengganggu bukan Islam.
– Sultan Selangor pada 2014 murka dengan DAP kerana enggan mengemukakan lebih 2 nama untuk calon MB (Menteri Besar) Selangor susulan Langkah Kajang.
– Lim Kit Siang menyeru ADUN DAP memboikot upacara mengangkat sumpah MB Perak kerana tidak bersetuju dengan perkenan Sultan Perak melantik MB ketika itu.
– Nga Kor Ming menyindir pemakai purdah dan menyifatkan pemimpin UMNO Pulau Pinang sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’ kerana mencadangkan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat.
– Ngeh Koo Ham DAP Perak 2 kali menyatakan agar umat Islam diberi kebebasan untuk murtad jika seseorang Islam hendak keluar dengan kerelaannya.
– Deklarasi Setapak DAP menyatakan “kesemarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang”.