LAHAD DATU, 27 Jan- ESSCOM mengeluarkan senarai baharu 5 suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes jenayah rentas sempadan dan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
5 suspek terbaharu ini adalah Madjid Said @ Ammah Pattit; Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan; Ahadin Hussein, Ismurah Jirah dan Ellam Sajirin @ Nasirin.
Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, penambahan ini menjadikan 20 individu warga Filipina dikehendaki berikutan kejayaan entiti ini menumpaskan sel-sel Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) tahun lal
Beliau berkata, salah seorang suspek yang dikehendaki tersebut iaitu Majdid Said @ Ammah Pattit merupakan ketua paling kanan Daulah Islamiah Sulu Based.
“Majid berperanan sebagai komander ASG Sulu serta Sub Leader yang bakal menggantikan Hatib Hajan Sawadjaan,
“Suspek Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan juga kekal dikehendaki, beliau pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf dan memiliki kepakaran menghasilkan bom,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, 3 suspek lagi iaitu Ahadin, Ellam dan Ismurah disyaki berperanan sebagai penjaga tebusan (keepers) dan terbabit dalam kes penculikan di perairan Tambisan.
Katanya, individu lain yang masih kekal dikehendaki adalah Salip Mura; Al Munjir Yadah; Ben Tatoh Quirino; Basaron Arok; Mujimar Sawadjaan @ Rasad; Marajan @ Manajan Asiri; Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw; Jul @ Jun Hasan; Barak Undog @ Alvin; Hamsan Pakkan @ Black Cobra; Sabri Madrasul @ Salip Jul; Hadji Wahad @ Talip; Tampi @ Bunju, Haibin Mubin @ Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko.
Jelasnya, ESSCOM ESSCOM akan memperhebatkan operasi-operasi khas untuk menjejak anasir-anasir terbabit dan melancar operasi bersepadu laut dan darat bagi membenteras elemen-elemen tidak diingini di ESSZONE dan juga penceroboh yang menggangu-gugat keamanan dan keselamatan di kawasan ini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu dikehendaki itu, agar menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau menyalurkan maklumat menerusi aplikasi Whatsapp di 011-63311072,” ujarnya. – airtimes.my