MOSKOW, 19 Jan – Tentera Rusia telah menamatkan kehadiran anggota tentera pengamannya di Kazakhstan, hari ini.
Pengunduran penuh pasukan tentera negara kuasa besar itu sekaligus menamatkan operasi pengaman dari blok kerjasama pertahanan CSTO.
“4 buah pesawat pengangkut tentera Rusia telah berlepas dari Nur-Sultan dan Almaty. Kedua-dua pesawat membawa kontinjen terakhir dalam operasi pengaman di Kazakhstan,” kata Kementerian Pertahanan Rusia.
Sebelum ini, Rusia bersama negara-negara anggota CSTO lain, Armenia, Belarus, Tajikistan dan Kyrgyzstan telah menghantar pasukan tentera ke Kazakhstan berikutan pergolakan domestik di negara Asia Tengah itu.
Penghantaran dilakukan selepas Presiden Kazakhstan memohon bantuan dari negara rakan anggota CSTO. – airtimes.my