LIMA, 27 Jan – Peningkatan statistik COVID-19 melebihi 1 juta pada Selasa telah mendorong Presiden Peru, Francisco Sagasti mengisytiharkan darurat kepada 10 negeri termasuk Lima.
Langkah ini diambil sekurang-kurangnya sehingga 14 Februari termasuklah larangan merentas negeri, arahan bekerja dari rumah, penutupan semua premis perniagaan serta larangan penerbangan masuk dari Eropah dan Brazil ke Peru sebagai usaha untuk mengekang gelombang kedua COVID-19 di negara itu.
Semalam, Peru mencatatkan sebanyak 4,444 kes baru yang menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti adalah seramai 1,107,239 orang dengan 40,107 kematian.
Memetik laporan disiarkan Reuters, Peru telah menempah sebanyak 38 juta dos vaksin Sinopharm yang dibangunkan oleh Produk Biologi Beijing dan dijangka tiba dalam beberapa hari akan datang.
Dalam masa sama, Peru turut memeterai perjanjian untuk membeli sebanyak 14 juta dos vaksin Astra Zeneca dari India. – airtimes.my