SUBANG, 19 Mac โ Eksesais STALLION PACK Siri 1/22 telah meningkatkan kompetensi hantaran udara 10 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) PARA dalam memberikan bantuan logistik udara bagi aturgerak 10 Briged (PARA) dan 21 Grup Gerakhas (GGK) khasnya serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya.
Menurut 10 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) PARA, eksesais ini diadakan sempena Eksesais Tactical Operation (Eksesais TACOP) Siri 1/22 bermula 8 hingga 18 Mac 2022.
Seramai 4 pegawai dan 55 anggota Platun Hantaran Udara 10 Kompeni KPD (PARA) yang terlibat dalam Eksesais STALLION PACK ini.
Turut terlibat adalah Skuadron Perkhidmatan dari 21 Kumpulan Logistik Grup Gerakhas (GGK) bagi latihan gabungan iaitu Eksesais BRAVO 210 Siri 2/22.
โEksesais yang dilaksanakan ini berkonsepkan bantuan logistik udara bagi meningkatkan tahap kompetensi dan currency krew hantaran udara yang berperanan dalam memberikan bantuan logistik udara bagi aturgerak 10 Bgd (Para) dan 21 GGK khasnya serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya,
โLatihan ini telah melibatkan krew hantaran udara dari Platun Alpha dan Bravo 10 Kompeni KPD (Para), Skn Perkhidmatan 21 Kumpulan Logistik GGK serta penglibatan dari Seksyen Hantaran Udara dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),โ katanya.
Menurutnya, pelaksanaan eksesais ini dimulakan dengan kelas teori, penubuhan ๐๐ข๐ช๐ฏ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ด๐ฆ dan ๐๐ณ๐ฐ๐ฑ ๐ก๐ฐ๐ฏ๐ฆ, latihan praktikal penyediaan muatan, pemeriksaan muatan, guguran udara serta Teknik, Taktik dan Prosedur (TTP) bagi ๐๐ณ๐ฐ๐ฑ ๐ก๐ฐ๐ฏ๐ฆ ๐๐ฆ๐ค๐ฐ๐ท๐ฆ๐ณ๐บ ๐๐ฆ๐ข๐ฎ (DZRT).
Secara keseluruhannya sebanyak 1 x ๐๐ฆ๐ข๐ท๐บ ๐๐ฒ๐ถ๐ช๐ฑ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (HE 8 ft), 2 x ๐๐ฆ๐ข๐ท๐บ ๐๐ฒ๐ถ๐ช๐ฑ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (HE 12 ft), 3 x ๐๐ฐ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ต ๐๐ถ๐ฃ๐ฃ๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ช๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ข๐ง๐ต (CRRC), 21 x ๐๐ฐ๐ฏ๐ต๐ข๐ช๐ฏ๐ฆ๐ณ ๐๐ฆ๐ญ๐ช๐ท๐ฆ๐ณ๐บ ๐๐บ๐ด๐ต๐ฆ๐ฎ (CDS) dan 14 x ๐๐ฐ๐ธ ๐๐ฐ๐ด๐ต ๐๐ฐ๐ธ ๐๐ญ๐ต๐ช๐ต๐ถ๐ฅ๐ฆ (LCLA) telah berjaya digugurkan dengan selamat.
Seterusnya Tim DZRT telah melaksanakan DZ ๐๐ญ๐ฆ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ serta melaksanakan ๐๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ด๐ญ๐ถ๐ฏ๐จ/๐๐ญ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฐ๐ข๐ฅ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ untuk di bawa ke ๐๐ฐ๐ณ๐ธ๐ข๐ณ๐ฅ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ด๐ฆ (FOB).
Katanya, bagi menilai dan menguji keberhasilan latihan, Tim Evaluasi dari Cawangan Hantaran Udara, Pusat Latihan KPD (PULMAT) telah terlibat di dalam pelaksanaan eksesais tersebut.
โTim ini juga berperanan untuk melaksanakan ujian kompetensi terhadap anggota yang berkelayakkan untuk diiktiraf sebagai ๐๐ฐ๐ช๐ฏ๐ต ๐๐ค๐ค๐ฆ๐ฑ๐ต๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ ๐๐ฏ๐ด๐ฑ๐ฆ๐ค๐ต๐ฐ๐ณ (JAI) dan ๐๐ช๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ฏ๐ด๐ฑ๐ฆ๐ค๐ต๐ฐ๐ณ (FI),โ ujarnya.
Turut terlibat di dalam eksesais ini adalah pesawat CN-235 dari No 1 Skn, C-130H dari No 14 Skn dan No 20 Sknย TUDM bagi melaksanakan proses Guguran Udara serta pesawat EC-725 dari No 5 Skn TUDM bagi melaksanakan proses ๐๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ณ๐ด๐ญ๐ถ๐ฏ๐จ/๐๐ญ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฐ๐ข๐ฅ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ. โ airtimes.my
Galeri Gambar: