NEW DELHI, 4 Dis – NASA Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengatakan satelitnya yang mengelilingi bulan telah menemui pesawat pendarat India, Chandrayaan 2 yang terhempas di permukaan bulan, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut NASA, satelit pengorbitnya menemui serpihan kapal angkasa itu di permukaan bulan.
Misi ke bulan India berakhir dengan kekecewaan selepas kapal angkasa yang sepatutnya mendarat di bulan itu terputus hubungan.
Pendaratan kapal angkasa itu sepatutnya mendarat pada 1.53 pagi (waktu India) pada 7 September.
Kapal angkasa itu membawa perayau “Pragyaan” seberat 27 kilogram yang akan dilancarkan untuk menjalankan penerokaan di bulan. – Bernama