BERLIN, 13 Feb – Kerajaan Jerman bertindak menyekat siaran stesen berita China, CGTN.
Sekatan dibuat selepas Britain bertindak membatalkan lesen penyiaran CGTN pada 4 Februari lalu.
Menurut media Jerman, keputusan dibuat mengikut perjanjian penyiaran antara beberapa buah negara Eropah.
“Penyiaran CGTN di Jerman adalah berpandukan perlesenan oleh badan penguatkuasa siaran Britain, Ofcom,
“Penarikan lesen CGTN oleh Ofcom secara tidak langsung membatalkan kebenaran penyiaran CGTN di Jerman,
“Ini terutamanya kebenaran penyiaran di negara ini adalah berdasarkan inisiatif perkongsian lesen yang dibuat oleh Ofcom,” kata laporan DW.
Terdahulu, Ofkom telah membatalkan lesen CGTN pada awal Februari lalu kerana didapati menyiarkan laporan tanpa kawalan editorial.
“Siaran CGTN dikawal sepenuhnya oleh Parti Komuni China,” jelas Ofkom.
Lantaran daripada itu, Beijing bertindak menyekat penyiaran stesen BBC World News di China dan Hong Kong. – airtimes.my