RANTAU PANJANG, 27 Okt – Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas 890 botol cecair vape pelbagai perisa untuk diseludup masuk ke Thailand di pangkalan haram Epek, awal pagi semalam.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintenden Nor Azizan Yusof berkata, pasukannya sedang melaksanakan rondaan telah menjumpai beberapa kotak di kawasan pangkalan berkenaan
“Hasil pemeriksaan mendapati kotak tersebut berisi botol kecil disyaki cecair vape pelbagai perisa, oleh demikian mereka menunggu selama 1 jam tetapi tiada seorang pun yang menuntut barangan tersebut,
“Rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang sebelum diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Malaysia bagi siasatan lanjut,
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM89 ribu, kes disiasat mengikut Sekyen 13 (A) Akta Racun 1952,” katanya.
Tambah beliau, tindakan menyeludup cecair vape ke Thailand adalah kerana mendapat permintaan tinggi di negara itu selain nilainya yang lebih mahal berbanding di Malaysia. -airtimes.my