PUTRAJAYA, 6 Apr – Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan kelulusan operasi kilang arak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dibatalkan.
“Mesyuarat khas kabinet hari ini memutuskan bahawa kelulusan yang diberikan kepada Carlsberg dan Heineken dibatalkan atau terbatal,
“Pihak MITI akan mengeluarkan surat pembatalan serta-merta,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.
Semalam, tular di media sosial surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang membenarkan Heineken Malaysia Berhad dan Carlsberg Malaysia untuk beroperasi semasa PKP dikuatkuasakan.