JOHOR BAHRU, 24 Feb – Perikatan Nasional (PN) mengetengah lebih 70 peratus muka baharu sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang diadakan pada 12 Mac depan.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seramai 41 calon adalah terdiri daripada muka baharu, manakala, 15 calon lain adalah mereka yang pernah bertanding sebelum ini.
Beliau berkata, semua calon dikemukakan adalah terdiri daripada 50 calon lelaki dan 6 wanita yang berkelayakan serta berpengalaman.
“Kebanyakan calon itu juga adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur, profession dan kelayakan akademik,
“Semua calon yang dipilih juga telah menjalani beberapa proses tapisan dan semuanya bebas daripada salah guna kuasa, rasuah dan jenayah,
“Dari segi umur pula, calon paling muda adalah berusia 31 tahun dan kebanyakan mereka mempunyai kerjaya seperti doktor, peguam, guru, pensyarah dan beberapa bidang profesional yang lain,” jelasnya ketika berucap sempena Majlis Memperkenalkan Calon PRN Johor 2022 di Pulai Spring Resort pada Khamis.
Muhyiddin menjelaskan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memperuntukkan sebanyak 33 kerusi, PAS (15), manakala Gerakan pula akan bertanding di 8 kerusi.
Turut hadir Timbalan Pengerusi PN, Ahmad Faizal Uzumu dan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin, Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin dan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai.
Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata semua calon PN yang dipilih perlu mengangkat sumpah atau aku janji untuk tidak terlibat dengan rasuah dan salah laku.
Langkah tersebut, jelas bekas Perdana Menteri itu adalah usaha membentuk kerajaan yang bersih di Johor.
“Apabila mereka terpilih untuk calon PRN, antara langkah pertama bahawa setiap calon akan mengambil sumpah atau aku janji untuk menolak segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan berpegang kepada prinsip akan melaksanakan amanah yang sejujurnya,” jelasnya.-airtimes.my
Berikut senarai penuh calon-calon PN:
N.01 Buloh Kasap: Noor Azman Mat Diah (Bersatu)
N.02 Jementah: Maimunah Safwah Musa
N.03 Pemanis: Uzzir Ismail
N.04 Kemelah: Normala Sudirman
N.05 Tenang:Ahmad Humaizi Uzir
N.06 Bekok: Tan Lek Khang
N.07 Bukit Kepong: Datuk Dr Sahruddin Jamal
N.08 Bukit Pasir: Muhd Nur Iqbal Abd Razak
N.09 Gambir: Mohd Solihan Badri
N.10 Tangkak: Dr Chong Fat Full
N.11 Serom: Rahmat Daud
N.12 Bentayan: Tan Kok Hong
N.13 Simpang Jeram: Zarul Salleh
N.14 Bukit Naning: Mahadzir Abu Said
N.15 Maharani: Abdul Aziz Talib
N.16 Sungai Balang: Zainudin Sayuti
N.17 Semerah: Datuk Ariss Samsuddin
N.18 Sri Medan: Othman Kepol
N.19 Yong Peng: Yong Fui Ling
N.20 Semarang: Shazani A. Ahmad
N.21 Parit Yaani: Ahmad Nawfal Mahfuz
N.22 Parit Raja: Zulkifli Mat Daud
N.23 Penggaram: Sia Wee Yet
N.24 Senggarang: Khairul Faizi Ahmad Kamil
N.25 Rengit: Mohammad Huzair Lajis
N.26 Machap: Azlisham Azahar
N.27 Layang Layang: Alagenthiran Krisnan (Bersatu)
N.28 Mengkibol: Wong Chan Giat
N.29 Mahkota: Mohamad Nor Lingan
N.30 Paloh: Selvendran Velu
N.31 Kahang: Daud Yusof
N.32 Endau: Alwiyah Talib
N.33 Tenggaroh: Roslan Nikmat
N.34 Panti: Hassan Rasid
N.35 Pasir Raja: Jawahir Husein
N.36 Sedili: Hasnolhadi Sebalas
N.37 Johor Lama: Mohammad Alias Rasman
N.38 Penawar: Mohd Faizal Asmar
N.39 Tanjung Surat: Selamat Ujud
N.40 Tiram: Dr Karim Deraman
N.41 Puteri Wangsa: Loh Kah Yong
N.42 Johor Jaya: Datuk Dr Ker Ching Sheng
N.43 Permas: Tazul Ariffin Nasri
N.44 Larkin: Zulkifli Bujang
N.45 Stulang: Yap Chiang Youis
N.46 Perling: Koo Shiaw Lee
N.47 Kempas: Nur Faizal Abdullah
N.48 Skudai: Khoo Kong Ek
N.49 Kota Iskandar: Samsudin Ismail
N.50 Bukit Permai: Tosrin Jarvanthi
N.51 Bukit Batu: Tan Heng Choon
N.52 Senai: Yeo Kwee Wang
N.53 Benut: Datuk Isa Ab Hamid (Bersatu)
N.54 Pulai Sebatang: Abdullah Husin
N.55 Pekan Nanas: Datuk Tan Chin Hock
N.56 Kukup: Mahathir Iskandar Muhammad