KUANTAN, 4 Sept – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan dan demonstrasi keupayaan Operasi Khas di kawasan Pantai Hiburan serta sekitar Kuala Rompin bermula hari ini sehingga 8 September 2021.
TUDM dalam kenyataan memaklumkan, sepanjang latihan dijalankan, pesawat pejuang dan helikopter akan melaksanakan penerbangan rendah serta taktikal bagi latihan demonstrasi keupayaan khas tersebut.
“Orang ramai adalah dinasihatkan tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah dan jika terdengar bunyi letupan atau tembakan senjata api di sepanjang tempoh latihan,
“Latihan ini diadakan oleh TUDM bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap yang terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara,” jelas kenyataan itu.