MANILA, 13 DIS – Kerajaan Filipina meneruskan pembayaran perolehan misil Brahmos yang dibeli dari India.
Pembayaran sebanyak PHP5.67 bilion (RM477.2juta) itu merupakan pembayaran capaian ketiga untuk perolehan bernilai PHP 18.9 billion (RM1.59 bilion) itu.
Filipina telah meterai perolehan Brahmos pada Januari 2022 dan dijangka akan mula diterima pada akhir 2023.
Menurut laporan PNA, Jabatan Perancangan dan Pengurusan Kewangan turut melakukan pembayaran pencapaian kedua projek perolehan C-130J dan pesawat rondaan jarak jauh untuk Tentera Udara Filipina.
Brahmos merupakan misil pertahanan pesisir yang akan dioperasikan oleh Tentera Laut Filipina (PN).
Perolehan misil anti kapal ini merupakan sebahagian daripada perolehan yang dirangka dibawah Pelang Modenisasi Angkatan Tentera Filipina.
Brahmos mampu untuk terbang pada kelajuan Mach 2.8. Kontrak yang dimeterai pada awal tahun lalu menyaksikan perolehan 3 bateri Brahmos. – airtimes.my
#AirTimes #Filipina #Brahmos #Global