KUALA LUMPUR, 20 Mei – Usaha untuk memboikot produk Coca-Cola akan memberi kesan terhadap sumber pendapatan pekerja tempatan, peruncit, pengedar dan pembekal di seluruh rantaian bekalan di Malaysia.
Coca-Cola Malaysia berkata, mereka telah beroperasi lebih daripada 85 tahun di Malaysia dan adalah keutamaannya untuk terus komited dalam membantu rakyat Malaysia dari segi bantuan sosial dan lain-lain.
Kenyataan yang dikeluarkan semalam, berikutan Coca-Cola Malaysia menerima maklumat beberapa individu telah memboikot produknya susulan maklumat serta khabar angin yang tular di media sosial dan salah fahaman tentang komitmen mereka di Timur Tengah.
“Sama seperti yang lain, Coca-Cola juga mengharapkan keamanan ditegakkan di Timur Tengah dan seluruh dunia,
Menurut kenyataan itu, Coca-Cola Malaysia ingin menekankan bahawa walaupun Coca-Cola adalah jenama global, semua operasi pembotolan kami adalah tempatan.
“Coca-Cola diproses dan dibotolkan di Malaysia, untuk rakyat Malaysia, oleh rakyat Malaysia,” katanya.
Selain itu, syarikat Coca-Cola beroperasi di lebih dari 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dengan sistem politik, agama dan sejarah yang berbeza.
“Coca-Cola beroperasi di 14 pasaran di Timur Tengah dan 6 lagi di kawasan Afrika Utara,
“Coca-Cola dan syarikat pembotolan NBC tempatan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pasaran Palestin yang bermula sejak dari 1998. Kini, Coca-Cola merupakan antara pengusaha terbesar di rantau tersebut,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Coca-Cola Malaysia berkata syarikat itu prihatin terhadap pergolakkan yang berlaku di antara Israel dan Gaza, serta kesannya terhadap penduduk di rantau Timur Tengah.
“Matlamat kami adalah untuk memberi kesegaran kepada semua lapisan masyarakat melalui produk minuman yang dikeluarkan,
“Kami tidak menyokong atau menentang mana-mana tujuan berkaitan agama, mahupun memihak kepada mana-mana negara lebih daripada yang lain di peringkat antarabangsa,” katanya. – airtimes.my