BUKIT JALIL, 5 Apr – Seramai 40,000 ahli Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara dijangka hadir pada pengumuman Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil, tepat jam 8 malam, Sabtu ini.
Setiausaha Kerja UMNO, Dato’ Sri Ab. Rauf Yusoh berkata kerja-kerja persiapan menjelang hari Pelancaran Manifesto BN PRU14 sedang giat dijalankan dan sudah mencapai tahap 80 peratus.
“Pada pagi hingga ke malam ini, petugas-petugas yang dilantik akan ‘membirukan’ seluruh kawasan stadium Axiata Arena bagi menyambut peserta-peserta yang akan hadir ke Pelancaran Manifesto nanti.
“Kita akan mulakan raptai pada jam 10 pagi esok dan Sabtu, seterusnya menunggu sebelah malam bagi majlis pelancaran”.
Beliau berkata, semua presiden komponen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak akan hadir untuk bersama-sama Perdana Menteri melancarkan manifesto.
“Kita akan melihat satu barisan yang cukup mantap bagi bersama-sama menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14”.
“Sama-sama mendengar transformasi yang akan dibawa oleh Dato’ Sri Najib untuk menyampaikan akur janji bagi 5 tahun akan datang kepada rakyat”, tambahnya lagi.
“Saya menyeru semua peserta yang akan hadir untuk membawa semangat ‘Biru Pilihanku’ dengan memakai baju berwarna biru bagi sama-sama menaikan semangat BN.
Rauf juga menggalakan peserta dari sekitar Wilayah dan kawasan berhampiran stadium ini untuk menggunakan pengangkutan awam yang mana kami telah berkerja sama dengan pihak pengurusan untuk melanjutkan masa perkhidmatan pada hari Sabtu ini ujar beliau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN akan melancarkan manifesto itu di hadapan ribuan penyokong BN dari seluruh negara pada Sabtu ini.