KUALA LUMPUR, 3 Feb – Hubungan dua hala pertahanan di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan U.S. Army Pacific (USARPAC) terus dipertingkatkan menerusi sidang video yang diadakan di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD), hari ini.
TDM menerusi laman media sosialnya berkata, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain beserta pegawai-pegawai kanan TDM telah menghadiri perbincangan bersama Commanding General USARPAC, Charles A. Flynn.
“Pertemuan bilateral secara sidang video ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua negara,” kata hantaran itu.
Jelasnya, pertemuan itu turut membincangkan rancangan pelaksanaan aktiviti bilateral pertahanan dan kerjasama ketenteraan bagi tahun 2022 di antara TDM dan U.S. Army Pacific.
“Aktiviti pengukuhan pertahanan sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Pengukuhan Hubungan Pertahanan,
“Di mana ia menumpukan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa,” jelas hantaran itu. – airtimes.my