SRINAGAR, 18 Feb – Menurut sumber seorang pegawai kanan polis memaklumkan, sekurang-kurangnya empat orang tentera India terbunuh ketika bertempur dengan pemberontak di wilayah Kashmir empat hari selepas pengebom nekad membunuh 41 anggota separa tentera di wilayah bergolak, kata pihak berkuasa.
Memetik laporan AFP, ketika pertempuran itu, seorang tentera dan seorang orang awam turut cedera dalam operasi di daerah Pulwama, kawasan yang menjadi sasaran pengebom nekad Khamis lalu.
“Empat anggota tentera terbunuh ketika insiden berbalas tembakan dan seorang lagi cedera,” kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP yang enggan identitinya didedahkan.