SAMARAHAN, 9 Feb – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengambil inisiatif membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka selepas bencana alam itu berlalu, baru-baru ini.
Menurut Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), seramai 2 pegawai dan 19 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Batalion ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) telah diaturgerak untuk menghantar pulang penduduk dan membersih kediaman mereka di Kampung Simunjan Jaya.
Anggota tentera dan agensi awam turut membantu proses penutupan dan membersihkan kawasan sekitar Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Mesra Simunjan.
Pada masa sama, 1 Div turut menjelaskan ATM akan terus bekerjasama dengan agensi awam lain bagi membantu masyarkat terjejas yang memerlukan bantuan. – airtimes.my
Gambar galeri: