BEIRUT, 8 OKT – Israel telah melancarkan serangan udara besar-besaran di selatan Lubnan.
Sebanyak 100 jet pejuang dikerahkan dalam 120 serangan udara dalam tempoh sejam yang didakwa menyasarkan kedudukan Hezbollah.
Tentera Israel (IDF) dalam satu kenyataan menyatakan serangan tersebut menyasarkan keduduk Hezbollah, pasukan Radwan, stor senjata dan ibu pejabat perisikan kumpulan bersenjata itu.
Selain itu, IDF turut melancarkan serangan terhadap Beirut, berhampiran kedudukan terakhir bakal pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine.
Pada masa yang sama, Israel telah memberi amaran kepada penduduk Lubnan untuk menjauhi kawasan pantai dan kawasan di selatan Sungai Awali, sebagai persediaan operasi IDF di “sektor maritim.”
IDF turut mengisytiharkan kawasan sepanjang sempadan, dari Rosh Nanikra, Shlomi Hanita, Adamit hingga Arab al-Aramsheh di Galilee Barat sebagai zon tentera tertutup, menandakan permulaan operasi serangan darat yang disokong oleh IDF. – airtimes.my
#AirTimes #Lubnan