BAU, 23 Jul – Seorang anggota Tentera Darat berpangkat Sarjan dari Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) telah ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis Amphetamine pada Sabtu lalu.
Mohd Ikhwan Mohamad Abdul Karim, 33, ditahan kira-kira 5.15 pagi ketika serbuan di Kampung Serasot, Bau.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon ketika dihubungi turut mengesahkan tangkapan tersebut.
Anggota tentera tersebut telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dan direman dibawah Seksyen 117 kanun prosedur jenayah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ujian air kencing turut mendapati anggota tentera tersebut positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.
Beliau turut ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki penagih dadah.