KUCHING, 13 Okt – Anggota pasukan Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) telah merampas 2,500 batang anak pokok kopi yang dianggarkan bernilai RM 175 ribu.
Rampasan yang dilakukan ketika rondaan Ops Benteng di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan Barat.
Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berkata kejadian berlaku pada petang 12 Oktober.
“Anggota yang sedang melaksanakan rondaan jalan kaki di sekitar Kampung Biawak, Lundu telah menjumpai 5 karung guni diletakkan kira-kira 500 meter dari pagar Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak,
“Setelah diperiksa, kesemua guni tersebut mengandungi anak pokok kopi,” katanya.
Menurutnya, barangan tersebut telah dibawa ke Balai Polis Daerah Lundu untuk tindakan lanjut. – airtimes.my
Galeri gambar: