KUALA LUMPUR, 10 Apr – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan seperti yang tular di media sosial yang anggota tentera bertugas di Bangunan Selangor Mansion, di sini memakai topi keledar untuk elak air kencing warga asing.
Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian (anggota tentera memakai helmet elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).
“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,” katanya kepada BERNAMA hari ini.
Hari ini tular di media sosial mendakwa anggota ATM yang berkawal di Bangunan Selangor Mansion yang dikenakan PKPD memakai topi keledar untuk mengelak air kencing warga asing dari tingkat atas bangunan itu. – BERNAMA