PUTRAJAYA, 21 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kompaun akan dikenakan terhadap individu yang cuba merentas negeri mulai hari ini
Menurut beliau, mereka akan dikenakan kompaun ditempat sekatan jalan raya (SJR) sebelum diarah untuk berpatah balik.
Beliau menambah, tindakan ini terpaksa dilakukan supaya rakyat sedar bahawa kerajaan memandang serius dalam mengekang penularan wabak COVID-19.
“Semalam seorang perempuan didapati positif jangkitan apabila setelah sampai ke kampung selepas merentas negeri,
“Sebab itu kita tidak ada kompromi lagi, tidak ada bertolak ansur lagi di dalam soal rentas negeri ini,
“Mereka yang dah rentas negeri (tanpa kebenaran) sebelum ini, mungkin akan dikenakan tindakan,” katanya pada sidang media harian hari ini.
Tambah Ismail Sabri lagi, Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan bahawa pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan sama sekali mulai hari ini.
“Selepas ini tidak perlu beratur panjang di Balai Polis, kerana tiada lagi kebenaran rentas negeri,” ujarnya. – airtimes.my