BAGHDAD, 7 Nov – Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Khadimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasmi beliau menjadi sasaran serangan dron yang membawa bahan letupan, pada Ahad.
Menurut laporan Reuters, serangan tersebut telah mengakibatkan seramai 7 anggota pasukan keselamatan yang mengawal di kediaman Khadimi cedera.
Setakat ini tiada pihak yang bertanggungjawab atas serangan yang dilakukan awal pagi itu.
“Serangan dron tidak akan menggoyahkan sedikit pun semangat pasukan keselamatan untuk berusaha menjaga keselamatan rakyat demi mencapai keadilan dan menguatkuasakan undang-undang,
“Saya baik-baik saja dan menyeru agar di kalangan rakyat saya tenang dan menahan diri demi Iraq,” kata al-Khadimi.
Menurutnya lagi, pasukan keselamatan sedang mengambil langkah berjaga-jaga berhubung insiden yang berlaku.
Terdahulu, penyokong militan Syiah Hashed al-Shaabi yang merupakan pro-Iran telah berhimpun di luar kawasan Green Zone bagi menunjukkan perasaan menentang keputusan pilihan raya pada bulan lalu sehari selepas pertumpahan darah yang berlaku dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan. -airtimes.my