Gombak, 9 Mei – Calon Parti Bebas, Bukit Antarabangsa, Azwan Hj Ali hari ini berang dengan tindakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila pegawai SPR tersilap meletakkan label pada peti undi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut beliau, dia menyedarinya ketika mahu membuang undi di saluran 2, di pusat mengundi berkenaan. Video berdurasi 2 minit 22 saat yang menceritakan kejadian ketika Calon Bebas itu hendak membuang undi.
“Election telah bertahun-tahun perancangan, tiba masa dua box bukan 2 juta box boleh tersalah tag, katanya.
“I dah tengok beberapa calon pengundi, warna oren tiba-tiba atas dia tulis NEGERI, then I pandang box yang kedua, dah agak banyak kertas undi tiba-tiba atas dia Parlimen, warna kertas undi warna kulit pisang cair, so i terdetik hati, so i call officer tu i tanye, are you sure which is Parlimen and which is Negeri, ko tau ape pegawai tu kate ye..ye..ye”, ujarnya lagi.
“Kalau bukan sabotaj i pun buat kerja betul-betul la, bila Parlimen dengan Negeri ko tak tahu beza aku mengamuk, aku mengamuk tu demi rakyat. Awal-awal box dah tak betul, macam mana nak tahu siapa menang, siapa kalah. Parlimen dan DUN adalah dua benda yang berbeza.
“Saya seorang yang sangat profesional. Walaupun tidak pernah bekerja dengan SPR, saya tahu warna oren itu untuk Parlimen dan kuning untuk DUN.
Azwan Ali selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, Setapak, kira-kira pukul 8.17 pagi, kecewa dengan kejadian yang berlaku akibat kelalaian pihak SPR.
Azwan Ali yang kan bertanding bagi calon parti BEBAS bagi melawan abangnya Azmin Ali dari PKR bagi merebut kerusi DUN Bukit Antarabangsa bersama calon PAS dan BN pada PRU 14 ini.