KUALA LUMPUR, 1 Mac – Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat dan Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal nafi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8.
“Saya dengan ini menafikan bahawa saya menyokong dan menurunkan akuan bersumpah (SD) kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
“Saya dengan ini menjelaskan bahawa hal ini adalah tidak benar, dan dengan ini saya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sepertimana yang rakyat Malaysia maklum,
“Oleh itu, saya mohon perkara ini tidak menjadi isu politik supaya kita menghormati keputusan Agong demi kestabilan negara dan kepentingan negeri Sarawak,” katanya dalam satu video berdurasi 48 saat yang tular di media sosial.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi video berdurasi 45 saat juga menafikan sekeras-kerasnya telah menyokong Dr Mahathir PM ke-8.
Menurutnya, beliau telah memberi persetujuan SD kepada Muhyiddin sebagai PM ke-8.
Terdahulu, Dr Mahathir telah memaklumkan telah mendapat sokongan seramai 114 Ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi PM ke-8 dan akan mempersembahkan surat rasmi mengenai SD tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.