KUALA LUMPUR, 9 JAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan titah itu disampaikan kepada beliau ketika diterima menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara, hari ini.
“Hari ini seperti kelazimannya saya menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa,
“Baginda juga bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara,
“Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” kata Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di akaun media sosial rasmi beliau.
Pada masa yang sama, Anwar Ibrahim menyatakan mana-mana pihak menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Semasa #AnwarIbrahim