LAHAD DATU, 12 Jun – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini mengeluarkan senarai 20 individu warganegara asing yang dikehendaki untuk membantu siasatan kes jenayah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
ESSCOM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, kesemua individu mempunyai hubungan dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), penculik untuk wang tebusan (KFRG) dan kes-kes jenayah rentas sempadan pada 26 Januari lalu.
Individu tersebut adalah Madjid Said @ Ammah Pattit; Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan; Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin; Ismurah Jirah; Salip Mura; Al Munjir Yadah; Ben Tatoh Quirino; Basaron Arok; Mujimar Sawadjaan; Rasad; Marajan @ Manajan Asiri dan Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw.
Turut dikehendaki iaitu Jul @ Jun Hasan; Barak Undog @ Alvin; Hamsan Pakkan @ Black Cobra; Sabri Madrasul @ Salip Jul; Hadji Wahad @ Talip; Tampi @ Bunju; Haibin Mubin @ Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh melaporkan segera ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072. – airtimes.my