GEMAS, 1 Dis – Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Para) telah melaksanakan Kem Kemahiran Senjata (KKS) serta Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) di Kem Asahan pada 22 hingga 28 November lalu.
Menurut laman sosial Buletin 10 Briged (Para), seramai 10 pegawai dan 279 anggota telah terlibat dalam latihan pada kali ini.
“Latihan ini memfokuskan kepada menembak senjata bantuan seksyen, platun, kompeni dan batalion,
“Ianya bertujuan meningkatkan kemahiran dan kompetensi pegawai dan anggota serta memastikan setiap latihan menembak yang dilaksanakan bertepatan dengan objektif yang digariskan,” kata hantaran itu.
Katanya, penerapan latihan berorientasikan ‘One Step Higher’ terarah kepada Kompeni Tempur dengan pelaksanaan ‘Platoon Battle Drill’ secara ‘Life Rounds Firing’ dalam senario dan situasi pertempuran sebenar dengan menggunakan senjata persendirian dan senjata bantuan kompeni.
Pada masa sama, latihan menembak Mortar 60mm, 81 mm, membaling bom tangan, latihan memusnah kereta perisai menggunakan senjata RPG-7 dan Light Anti-Tank Weapon M 72 dan Carl Gustav.
Turut diadakan, latihan menembak siang dan malam turut diadakan dengan menggunakan senjata Mesingan Kegunaan Am (MGKA) turut dijayakan bagi menilai tahap kesiagaan latihan serta aset.
Latihan yang dilaksanakan adalah untuk menguji kemahiran pengendalian senjata-senjata serta pengukuhan keupayaan teknik, taktik dan prosedur (TTP) bagi aturgerak keupayaan bertempur yang sebenar.
“Latihan ini juga sebagai pengukuran kepada setiap paratrooper ‘Battle Ready’ dengan pemupukan ‘value added’ dalam kepelbagaian latihan,” ujarnya. – airtimes.my
Gambar galeri: