LAHAD DATU, 22 Jan – Seramai 114 anggota tentera dan ahli keluarga menerima suntikan vaksin dos penggalak secara pandu lalu bertempat di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Markas Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd) dalam hantaran berkata, program tersebut telah dilaksanakan di Kem Cenderawasih pada Khamis lalu.
“Seramai 114 anggota tentera dan ahli keluarga menerima suntikan vaksin dos penggalak secara pandu lalu bertempat di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bertempat di Kem Cenderawasih pada 20 Januari 2022 (Khamis),
“Pelaksanaan program ini merupakan satu alternatif yang berupaya mempercepat proses pemberian vaksin berbanding pemberian suntikan secara statik, sekali gus berupaya mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat,
“Pemberian vaksin telah diketuai oleh Pegawai Perubatan 824 RSAT, Kapten (Dr) Mohamad Nor Rizwan Abdul Samat Gul bersama 5 orang petugas,
“Turut terlibat untuk menerima pemberian vaksin ini adalah pasukan yang terlibat dengan Operasi Pasir Pesisir Pantai (OP PPP),”jelas hantaran itu.
Markas 13 Bgd turut menjelaskan, pelaksanaan program ini selari dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menitikberatkan aspek kesihatan dan kesejahteraan kendiri anggota selain dapat mengekang penularan wabak COVID-19.-airtimes.my